Friday, May 16, 2008

Macam mana nak hidup..!!??

Inilah keluhan yang di dengar di seantario tanahairku sekarang ni.. Baik di kampung2 maupun dibandar. "Apa sudah jadi..!!?? harga beras naik melambung lambung macam naiknya suhu termometer bila kena demam kura-kura... beras hancur yang paling murah dulunya RM8.75 untuk 5 kilo sekarang naik lebih dari 2 kali ganda ke RM18 (betui ka ni??). Tidak kira lagi beras wangi atau beras gred super yang dulu belas-belas ringgit kini dah jadi puluhan ringgit.." inilah keluhan dari seorang ketua keluarga yang terpaksa menampung keluarganya yang sebanyak 9 orang dengan gaji cukup makan dan tinggal di kota metropolitan ini..

ayo yoo appa amma, kita yang income besar pun rasa tercekik leher camna lah pulak bagi yang gaji rendah dan anak ramai lagilah merana.. Itu tak termasuk bagi yang gaji cukup makan RM1,500, isteri tiga, anak 18 dan nak tanggung sorang lagi orang baru (isteri baru).. huish, kena buat overtime sampai tua la ni, hehehe.. tu pun tak tentu lagi cukup atau tak nak tampung makan hari2.

Baru 2 bulan berakhir PRU12 dan digamatkan dengan kontroversi2 isu ketuanan melayu, TDM vs PM, projek babi negara, lompat parti yang mana semuanya berkisar pada orang atasan, maka sekarang giliran rakyat jelatalah pulak menerima padahnya...

Bermula dengan kenaikan harga gandum yang effectnya ke atas harga roti, kuih dan roti canai (ni tak boleh maafkan), yang mana kita rakyat jelata masih boleh lagi bersabar. Sekarang kita digemparkan sekali lagi dengan kenaikan harga beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia... Yang menjadi masalahnya sekarang adalah dengan kenaikan harga beras yang terlalu drastik sekali.

Salah satu dari manifesto BN adalah 'menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu'.. macam mana nak tangani jika minta kenaikan gaji oleh MTUC pun tak dilayan.. Yang naik gaji adalah yang kerja dengan gomen saja, yang bekerja di sektor awam di anak tirikan.. Mereka ni bukan manusia ka.. Pak2 menteri dengan penasihat pak menteri dapat gaji sampai lima angka sebulan (atas dari RM30k) sampai elaun bercuti pun dapat jugak.. Depa ni semua macam 'kacang lupakan kulit'.. yang memberi kemenangan kepada mereka ni semua adalah rakyat jelata.. tapi setelah mengawal tampuk kerajaan, maka segala janji manismu hanya tinggal janji sahaja.. mula lah 'kaduk naik junjung'

Nampaknya manifesto BN hanya tinggal janji aja lah ye.. Hmm.. boleh buat police report ni saman kerajaan BN kerana tak tunai janji... hehehe.. sanggup ka aku..

Lepas ni kita tengok apa lagi yang nak naik.. ntah2 batu nesan, kain putih, minyak setanggi dan kapas pun naik harga jugak.. tu la tak pernah peka bab kematian ni.. (malu beb). Hidup susah, mati pun susah (dari sedutan cerita madu tiga).

Ni sebuah lagu 'bangau' untuk tatapan semua..

bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
la ni susah cari nasi

nasi oh nasi
kenapa susah cari engkau
macam mana tak susah cari aku
orang jarang makan aku

orang oh orang
kenapa jarang makan nasi
macam mana nak makan nasi selalu
beras sudah naik harga

beras oh beras
kenapa naik harga
macam mana tak naik harga
satu dunia beras naik harga

beras oh beras
macam mana nak kawal harga
kalau mahu kawal harga
tanya sama BN
tanya sama BN

BN oh BN
macam mana kau nak kawal harga
cara aku kawal harga
naikkan gaji gomen
naikkan gaji gomen

Gomen oh gomen
engkau la ni dapat gaji baru
macam mana tak dapat gaji baru
pak menteri jugak nak gaji baru
pak menteri jugak nak gaji baru

pak menteri oh pak menteri
kalau gaji hampa naik macam mana pulak kami
aku kira apa pasai gaji org swasta
asalkan aku senang lenang
asalkan aku senang lenang

No comments: